Tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati. Ia sudah tertulis di luh mahfuz tanpa terlewat sesaat atau tercepat seminit.
Tapi saat diuji dengan sakit, insya Allah ada penawarnya dan kita hanya perlu berusaha hingga diizinkan Allah untuk sembuh.
Dari satu perkongsian ceramah oleh Ustaz Don Daniyal, dirinya berkongsi kisah seorang doktor yang sembuh dari kanser selepas mengamalkan zikir ruqyah dari surah Asy shuára ayat 78-83.
Jelas Ustaz Don, peristiwa ini berlaku ketika dirinya masih bergelar pelajar tahfiz, sekitar tahun 2002 atau 2003 iaitu ketika usianya 19 tahun.
“Ketika itu, dia dan rakannya menjadi imam solat tarawih di sebuah surau di Pulau Pinang. Bila habis solat dan orang menjamu selera ketika moreh, dari sebalik tirai seorang doktor meminta bantuan dari AJK Masjid untuk bertemunya dan rakan.
Ads
“Doktor itu minta pertolongan untuk doakan dirinya. Kami kata doa apa, bukan doa kami makbul pun (kita tau la diri kita lagu manakan). Walau pun hafal Quran tapi tuan puan kenal saya sebagai Ustaz Don, bukan masa saya jadi The Don.
“ Saya tanya dia nak doa apa tu doktor. Doktor tu maklum dia ada kanser. Kami ucapkan Innalilahiwainailahirojiun. Kebetulan ayat ini terlintas di hati saya iaitu ayat ruqyah zikir yang ada dalam surah Asy’Shuára ayat 78-83. Saya minta dirinya amalkan. Wirid itu saja, kami tak ada ilmu tapia da Quran.
Ads
“Alhamdulillah, tahun 200- 2008 ketika saya belajar di Mesir, seorang kawan memaklumkan ada seorang doktor bagi duit. Rupanya selepas amalkan zikir ruqyah itu, dirinya bebas dari kanser dan dia beri kami duit berkenaan. Itu saya gunakan untuk belanja kawan-kawan makan hari itu di sebuah restoran di Mesir,” katanya menyuruh amal dan wiridkan ayat ini.
“Berubat hospital itu berubahlah, tapi boleh amalkan juga ayat ruqyah ini. Insya Allah, Allah maha penyembuh,” katanay.
Ads
Bagi yang ingin tahu ayat surah ini, di bawah ini disertakan surah dan maksudnya.
Maksudnya :-
“Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum. Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku. Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku. Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh. Kredit : Tik Tok @bibichuu
Perbankan internet banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Pelbagai kemudahan disediakan dari membayar bil utility, pemindahan bank ke bank, membuat pembayaran pembelian barang dan makanan serta lain-lain lagi termasuk membuat simpanan.
Khusus bagi pendeposit Tabung Haji, jika suatu ketika dahulu kita perlu berurusan di kaunter Tabung Haji dalam membuat urusan transaksi simpanan dan pengeluaran dan kemudian ia ditambah baik dengan urusan boleh dilakukan di Bank Islam dan Bank Rakyat. Bagi memudahkan urusan pendeposit, Tabung Haji telah melancarkan THiJARI di mana penyimpan boleh menyemak baki akaun dan penyata Tabung Haji online tanpa perlu ke kaunter lagi.
Mulai semalam, demi memudahkan pengguna membuat simpanan dan menyemak baki simpanan, Tabung Haji menjalin kerjasama dengan Rakan Strategik mereka iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di mana pendeposit boleh menambah simpanan melalui aplikasi JomPAY sahaja. Lebih mudah dan lebih selamat serta cepat tanpa perlu ke kaunter lagi.
Dalam perkongsian di fb rasmi mereka, Tabung Haji memaklumkan, selain di kaunter-kaunter TH dan UTC, pendeposit juga boleh melakukan transaksi TH di kaunter-kaunter Uniteller, Automated Teller Machine (ATM), Cash Deposit Machine (CDM) dan Perbankan Internet rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB Bank.
Pengaktifan (link) kad ATM perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi membolehkan pendeposit menggunakan perkhidmatan TH melalui ATM, CDM dan Perbankan Internet Rakan Strategik TH.
Tapi sebelum nak buat perbankan internet melalui JomPAY kita perlu tahu no akaun Tabung Haji sebanyak 15 digit itu.Kalau tak ingat boleh call Tabung Haji untuk dapatkannnya.
Bila dah ada nombor akaun Tabung Haji, bila buat membuat JomPAY, di biller code nanti tulis 60228 diikuti nombor akaun Tabung Haji kita di Ref 1 (yang 15 digit tu) dan diikuti tulis Tabung Haji bagi Ref 2. Dan selepas itu boleh diteruskan seperti biasa.
Aktifkan akaun di Tabung Haji dalam tempoh 7 tahun sebelum akaun diiktiraf tidak aktif
Dalam pada itu, Tabung Haji turut mengingatkan pendeposit agar melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi di Tabung Haji dalam tempoh 7 tahun agar akaun masih sah dan tidak berstatus tidak aktif.
Bagi yang ingin tahu, boleh hubungan pihak Tabung Haji untuk maklumat lanjut.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika di dunia kita dianugerahkan akal fikiran untuk membuat keputusan dan bertindak. Di akhirat nanti, segala perbuatan kita akan dipersoalkan dan dijawab oleh anggota tubuh yang melaksanakannya.
Tiada lagi akal fikiran memberi arahan dan tiada lagi lidah untuk berbicara. Cukup-cukup lah akal memberikan arahan dan lidah berbicara dusta dan kotor.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Zakir Naik, dalam kuliahnya, kita berbeza dengan malaikat yang dijadikan selalu patuh kepada Allah.
Manakala Allah menciptakan manusia dengan keadaan bebas berfikir. Tujuannya adalah sebagai menguji keimanan. Apabila seorang manusia taat, maka mereka lebih mulia daripada malaikat.
Dan apabila manusia itu mungkar, maka sesungguhnya dia lebih rendah daripada malaikat. Menyembah Allah dalam penuh kesedaran dan merupakan nikmat ikhlas yang diberikan kepada manusia sebagai makhuk ciptaanNya.
Susulan itu, Allah menuntut setiap perbuatan manusia di dunia dipersoalkan di akhirat dan semuanya akan dijawab dan disaksikan oleh setiap anggota tubuh kita!
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan,” (Qs. Yasin : 65).
Allah akan mengunci mulut kita, lalu sebagai gantinya bahagian tubuh yang lain akan berbicara. Lantas bahagian tubuh yang mana nanti akan bersaksi atas segala perbuatan kita di dunia? Berikut antara anggota yang terlibat:
1. Kedua Kaki
Kaki merupakan salah satu bahagian tubuh yang kelak akan menjadi musuh kita. Kerana dengan kaki inilah kita berjalan dan dengan kaki ini pula kita tiba di suatu tempat.
Tidak ada manusia terlepas dari setiap tempat-tempat yang dikunjunginya dan untuk bertemu siapa kaki kita melangkah.
Kaki tidak akan berbohong saat kelak Allah bertanya ke mana kita pergi dan untuk urusan apa kita pergi kesana. Jika kita sering menggunakan kaki kita untuk mengunjungi tempat-tempat maksiat, maka setiap dosa yang kita lakukan akan dijelaskan oleh kedua kaki kita.
Dari‘Uqbahn bin ‘Aamir’ beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya anggota tubuh manusia yang pertama kali berbicara pada waktu mulut dikunci adalah paha kaki kirinya.”
2. Kedua Tangan
Selain kaki, tangan juga akan turut menjelaskan setiap perbuatan yang berhubungan dengan tangan kita di dunia. Tangan merupakan bagian tubuh yang penting bagi setiap manusia; tangan inilah yang bantu kita menyentuh dan memegang sesuatu. Setiap dosa perbuatan kebanyakan akan melibatkan tangan. Allah berfirman;
وَمَآ أَصَٰبَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُوا۟ عَن كَثِيرٍ “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).”(QS. Asy-Syura 30)
Oleh yang demikina itu, hati-hatilah kita di saat menggunakan tangan.
3. Kedua Mata Dan Telinga
Mata juga akan bersaksi atas apa saja yang kita lihat. Apakah kita menghabiskan waktu di dunia untuk melihat sesuatu hal yang haram dan buruk, atau sesuatu yang baik dan bermanfaat.
Begitu juga telinga; adakah kita meggunakan telinga untuk mendengar perkara maksiat atau kebaikan?
Kedua pancaindera ini berfungsi sebagai video dan audio visual yang akan masuk ke setiap otak manusia, maka datangnya zinapun boleh dianggap secara jelas berasal dari kedua bahagian tubuh ini.
”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka) jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”(Qs. Al A’raf ayat 179)
4. Kulit, Lidah Dan Setiap Bagian Tubuh Yang Lain
Anggota tubuh yang akan berbicara di akhirat berikutnya adalah anggota tubuh lainnya. Tidak akan ada yang berbohong dan terlepas dari pengadilan Allah.
Disebutkan bahawa, saat para manusia (yang munafik itu) dikhianati oleh setiap bahagian tubuh mereka, mereka akan bertanya kepada bagian tubuh tersebut.
Imam Thobari menjelaskan kenapa manusia pasca masa itu tiba lalu bertanya kepada kulit mereka masing-masing;
Allah SWT menyebutkan bahawa mereka (para musuh Allah), pada waktu dikumpulkan di neraka bertanya kepada kulit mereka, ketika menjadi saksi atas perbuatan mereka di dunia:
“Mengapa engkau menjadi saksi atas kami, terhadap apa yang telah kami lakukan di dunia?” tanya manusia.
Maka kulit mereka menjawab : “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata”.
Allah menyebutkan bahwa anggota tubuh ini (kulit) menjadi saksi atas pemiliknya ketika diminta persaksian oleh Allah tentang pemiliknya, yang mana ia menafikan telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah di dunia.
Kesimpulannya, amatlah penting kita menjaga pandangan, pendengaran, lisan dan perbuatan, kerana setiap apapun yang kita lakukan, pasti akan dipertanggungjawabkan menjawab. Maka ingatlah akan situasi perbicaraan kita nanti.
‘Syurga seorang suami pada ibunya.’ Tak salah hormati mak, tapi perasaan isteri tetap kena jaga. Janganlah disebabkan hormat dan sayangkan emak, segala perbuatan emaknya yang salah sekalipun ditelan bulat-bulat.
Masing-masing kena main peranan, tak kiralah suami, isteri atau emak. Jika saling bertolak ansur, insyallah segalanya lebih mudah dan tiada pihak terasa diabaikan.
Tidak dinafikan ramai di antara kita terutamanya menantu perempuan berdepan dilemma bila mana seorang suami mengutamakan ibunya dalam segala hal hingga meminggirkan tannggungjawabnya kepada isteri.
Ikuti perkongsian Ustazah Asmak Husin ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
“Ustazah, macam mana saya nak buat ya, suami saya selalu lebihkan mak dia sampai perasaan isteri dia terabai? Asyik-asyik nak menangkan mak dia saja dari saya.”
Banyak sangat saya dapat DM soalan macam ni. Isu suami lebihkan mak sendiri sehingga isteri di sisi terasa hati.
Tak Salah Hormati Mak
Begini, pertama sekali kita kena faham “syurga suami ada pada maknya dan syurga bagi seorang isteri ada pada suaminya”. Bila kita faham konsep macam ni, kita akan mudah nak bertolak ansur.
Tapi jangan pula terlalu ambil mudah. Setiap orang ada peranan masing-masing. Contohnya si suami, dia kena hormati mak dia dan dalam masa yang sama kena juga jaga perasaan si isteri.
Kadang mak mertua ada sikap cemburu dengan menantu sendiri disebabkan baginya menantu seolah-olah nak ambil anak dia. Padahal si menantu tak punya niat yang macam itu pun.
Tapi Perasaan Isteri
Si isteri yang bertanya saya tadi siap cerita yang mak mertua dia selalu tuduh dia macam-macam padahal dia tak buat pun macam itu. Si isteri cuba berbincang dengan si suami, alih-alih dia juga kena marah dan dipersalahkan.
Wahai lelaki, cuba bezakan mana perkara yang benar dan batil. Kalau kita tahu benda tu tak betul, kita lah betulkan semula dan memperjelaskan perkara yang benar. Jangan disebabkan kita kata “Syurga aku di bawah telapak kaki ibuku” kita betulkan perkara salah yang mak kita buat. Tak betul konsep macam tu.
Tetap Kena Jaga
Nasihat saya kepada si isteri yang bertanya tadi,
1) Sabar dan terus berbuat baik. Setiap orang ada ujian masing-masing. Awak diuji dengan karenah mak mertua. Orang lain diuji dengan masalah kewangan, anak dan lain-lain.
2) Cuba berbincang dengan suami elok-elok, bagi tahu apa yang sebetulnya perkara perlu dibaiki.
3) Buat benda yang awak boleh kontrol saja, yang di luar kawalan awak, biarkan saja.
Mana-mana yang mengalami masalah yang sebegini moga terus sabar dan berdoa supaya suatu hari nanti hati ibu mertua dilembutkan dan dapat terima awak sepenuhnya. Insyallah.
Bila melihat seseorang dengan tanda hitam pada dahi ada kalangan kita menganggap individu tersebut rajin beribadah, selalu bersujud. Anggapan itu boleh jadi betul atau...