‘Zuriat adalah rezeki dari Allah.’ Kenyataan pempengaruh Indonesia ‘memiliki anak adalah beban’, sindir wanita bergelar ibu.
Baru-baru ini, pempengaruh Indonesia iaitu Gita Savitri Devi menjadi tular selepas meluahkan pendapatnya bahawa memiliki anak adalah satu beban. Sudah tentu kenyataan tersebut menjadi topik hangat wargamaya.
Sebenarnya, isu tersebut mula tercetus selepas salah seorang pengguna media sosial bertanya kepada Gita bagaimana mahu kelihatan awet muda sepertinya meskipun usia Gita sudah mencecah 30 tahun.
Menjawab persoalan itu, Gita mendedahkan bahawa rahsia kekal awet muda bagi wanita yang sudah berkahwin adalah dengan tidak memiliki anak.
Hal ini kerana, wanita tanpa anak tidak akan berdepan dengan tekanan dalam membesarkan anak-anak malah mereka juga dapat berehat secukupnya.
Tambahnya, tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk awet muda.
Ads
Dalam masa yang sama, dirinya merasakan ibu tanpa anak mampu tidur 8 jam sehari dan tidak akan tertekan mendengar jeritan anak. Saat wajah berkedut, kita ada duit untuk melakukan botoks.
Dari Allah
Menerusi siaran langsung bersama suaminya di Instagram, Gita memberitahu mereka nekad untuk tidak memiliki anak kerana beranggapan bahawa zuriat itu adalah satu beban.
‘Bagi saya anak itu beban. Bagi anda, tidak membebankan dan itu adalah anugerah. Tapi bagi saya beban sebab itu saya tak nak ada anak. Bagi saya itu bukanlah satu kesalahan,’ luahnya jujur.
Pendedahan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya yang berpendapat Gita tidak sewajarnya berkata sebegitu.
Oleh kerana zuriat adalah rezeki daripada Allah SWT. Bukan itu sahaja, kenyataan Gita seakan menyindir para wanita yang bergelar ibu.
Kenyataan Pempengaruh Indonesia
Tidak dinafikan, kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepada keperluan anak.
Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Ads
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Memiliki Anak Adalah Beban
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Sindir Wanita Bergelar Ibu
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita. Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
Kashoorga: Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan.
Pada saat maut menghampiri manusia, ia akan mengharap kembali ke dunia. Seandainya ia orang kafir, ia pasti berharap masuk islam. Kalau dirinya seorang pendosa, dirinya berharap masuk islam. Kalau ia banyak dosa, ia berharap untuk bertaubat.
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat) (surah Al-Mukminun ayat 99-100)
Syaikh Umar Sulaiman al Asygar dalam bukunya berjudul ” Ensiklopedia Kiamat ” menjelaskan iman tidak lagi diterima jika maut telah datang dan taubat akan sia-sia jika nyawa sudah hampir ke kerongkong.
Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya (surah An-Nisa ayat 17-18).
Ibn Katsir menuturkan hadith yang menunjukkan bahawa taubat seorang hamba dapat diterima jika maut telah datang selagi belum sampai ke kerongkong:-
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama sakaratul belum sampai di kerongkong.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah).
Setiap orang yang taubat sebelum mati, maka ia telah benar-benar bertaubat asalkan benar-benar ikhlas dan serius memintanya. Namun tidak semua mampu berbuat demikian kerana nyawa sudah sampai di kerongkongnya.
Setidaknya, sentiasalah bertaubat di atas dosa sama ada disedari atau tidak kita lakukan sebelum nyawa terpisah dari badan. Lakukan sebelum mulut kita dikunci. Bersegeralah taubat, wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kerana taubat adalah harta karun bagi orang yang berbuat kebaikan. Sumber : Kalam Sindownews.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Dunia seakan panik apabila satu varian baru virus corona ditemui di United Kingdom. Ternyata ia lebih cepat merebak dan mampu menjangkiti ramai manusia selain lebih berbahaya berbanding di awal penularan dahulu. Dalam satu kenyataan dari Perdana Menteri UK, Boris Johnson memaklumkan, negara mereka harus bertindak sekarang. Ketika virus ini mengubah metode serangannya, kami harus mengubah metode pertahanan,”katanya baru ini.
Ekoran strain baru sangat menakutkan, 23 negara mencapai kata sepakat menghentikan kedatangan penumpang penerbangan dari United Kingdom, tempat pertama virus terbaru ini ditemui.
Dilaporkan dalam tempoh seminggu, lebih 24 ribu warga UK dijangkiti virus corona ini dan ia jelas satu angka menakutkan di mana 70 peratus darinya dikesan dijangkiti dari virus baru ini.
Analisis dari John Hopkins University mendapati jumlah mereka dijangkiti meningkat lebih 40 peratus dari minggu sebelumnya.
Strain virus baru ini dikatakan dapat menular 70 peratus lebih laju berbanding virus asal yang dikesan. Dikatakan kes penularan terbaru ini mula-mula dikesan di Kent pada pertengahan September, sebelum menjangkiti penduduk dalam kadar yang tinggi.
Ekoran kejadian tidak terduga ini, sebanyak 23 buah negara menghentikan penerbangan menerima penumpang dari United Kingdom.
Ia didahului dengan Perancis, Jerman, Italy, Kanada, Belanda, Belgium dan banyak lagi kerana membimbangi virus ini tersebar di kalangan rakyat mereka.
Di saat negara-negara di Eropah mulai bimbang dengan strain virus baru ini, adalah lebih baik kita terus menjaga penjarakan fizikal, sentiasa basuh tangan selain memakai pelitup muka.
Di saat dunia sedang diuji, jangan berputus asa berdoa agar negara kita bebas dari wabak ini. Bacalah doa ini selepas solat kita.
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmidzi)
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu..(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jika sebelum ini masjid adalah tempat paling meriah setiap kali tibanya bulan Ramadan. Sama ada ketika berbuka puasa dan kemudiannya bersolat tarawih.
Terapi tahun ini situasinya sangat berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kita hanya disaran untuk hanya duduk di rumah saja.
Dalam pada itu, semalam yang Bermuda solat Tarawih menyaksikan di Masjid Negara, Imam Jemputan Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani al-Hafiz mengimamkan solat tarawih bersama beberapa tenaga kerja masjid berkenaan.
Namun begitu masing-masing masih menunjukkan mereka mengekalkan arahan kerajaan dalam penjarakan sosial sepanjang PKP ini.
Solat terawih ini yang turut dipancarkan secara langsung di platform media sosial turut memperdengarkan sayu bacaan suara imam mengalunkan surah suci Al-Quran.
Biarpun dalam keadaan bersederhana, amalan solat tarawih tetap diteruskan di masjid Negara yang menjadi salah satu mercu tanda negara.
Video ini telah mendapat perhatian warganet. Dan masing-masing turut merasa sedih melihat situasi ini. Masing-masing berdoa agar wabak ini akan segera terhapus supaya dapat mengunjungi masjid seperti sebelumnya.
Awang MudaAllahu.. Sedihnya tengok…. Semoga Allah mngampunkan dosa kita semua dan mnghapuskan covid 19 ini secepat mngkin
Maddy En KiddyRindunya nak berjemaah ;( ya Allah berilah peluang pada kami.. ampunkan dosa kami.. kasihanilah kami… bantulah kami…
Megat Mohammad Nooralifpastinya Rumah Allah tidak sunyi dari ayat-ayat Al Quran. mari lah kita menyahut seruan dengan solat dirumah. sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui
Yus NizarAllahuakbar …alhamdulillah…sekurangnya masjid tidak sepi dibulan ramadhan…bole Tak pihak kerajaan buat live solat terawihh di tv…mohon sangat…
Roza NickSedihnya….Ya Allah ampunilah Dosa2 kami,Kasihanilah kami & Rahmatilah kami.Hapuskan virus covid 19 drp trus menular di Malaysia & di slururh dunia.
KASHOORGA: Apa pun yang berlaku adahikmah disebaliknya, dan semoga kita akan menang dalam melawan wabak pandemik ini.
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Berikut adalah di antaranya yang mana terdapat dalam hadis sahih.Perkara...