‘Zuriat adalah rezeki dari Allah.’ Kenyataan pempengaruh Indonesia ‘memiliki anak adalah beban’, sindir wanita bergelar ibu.
Baru-baru ini, pempengaruh Indonesia iaitu Gita Savitri Devi menjadi tular selepas meluahkan pendapatnya bahawa memiliki anak adalah satu beban. Sudah tentu kenyataan tersebut menjadi topik hangat wargamaya.
Sebenarnya, isu tersebut mula tercetus selepas salah seorang pengguna media sosial bertanya kepada Gita bagaimana mahu kelihatan awet muda sepertinya meskipun usia Gita sudah mencecah 30 tahun.
Artikel Berkaitan:
Bagaimana Ibu Bapa Peroleh Doa Anak Soleh Jika Tak Ada Zuriat Dalam Perkahwinan?
Menjawab persoalan itu, Gita mendedahkan bahawa rahsia kekal awet muda bagi wanita yang sudah berkahwin adalah dengan tidak memiliki anak.
Hal ini kerana, wanita tanpa anak tidak akan berdepan dengan tekanan dalam membesarkan anak-anak malah mereka juga dapat berehat secukupnya.
Tambahnya, tidak mempunyai anak adalah cara semula jadi untuk awet muda.
Dalam masa yang sama, dirinya merasakan ibu tanpa anak mampu tidur 8 jam sehari dan tidak akan tertekan mendengar jeritan anak. Saat wajah berkedut, kita ada duit untuk melakukan botoks.
Menerusi siaran langsung bersama suaminya di Instagram, Gita memberitahu mereka nekad untuk tidak memiliki anak kerana beranggapan bahawa zuriat itu adalah satu beban.
‘Bagi saya anak itu beban. Bagi anda, tidak membebankan dan itu adalah anugerah. Tapi bagi saya beban sebab itu saya tak nak ada anak. Bagi saya itu bukanlah satu kesalahan,’ luahnya jujur.
Pendedahan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya yang berpendapat Gita tidak sewajarnya berkata sebegitu.
Oleh kerana zuriat adalah rezeki daripada Allah SWT. Bukan itu sahaja, kenyataan Gita seakan menyindir para wanita yang bergelar ibu.
Tidak dinafikan, kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepada keperluan anak.
Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita. Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
Artikel Berkaitan:
Kashoorga: Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan.
Sumber: Najmi Nawawi via Viral Media Malaya, Oh Bulan!
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.